Saturday, December 27, 2008

La Tansa Dzikrullah....


Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar

Alangkah indah jika diri mampu mengisi setiap hembusan nafas dengan bertasbih,
Sebelum terbitnya fajar, sebelum terbenamnya sang mentari…

Alangkah bertuah diri ini jika hingga ke akhir hayat kita dalam dzikrullah,
Bibir yang basah dengan syahadat menjadi penyudah melangkah ke gerbang barzah….

Seiring denyutan nadi, terpancar rohani, tenggelamnya diri dalam dzikrullah, tibanya hari muhasabah diri, tundukkan hati, bersujud bersunyi…

Sesungguhnya apa yang lebih bererti bagi insani melainkan hanya mengharap limpah redhaNya….

Monday, December 22, 2008

jagalah lisan......


Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

*buat semua kenalanku, pohon ampun segala tutur kataku yang ada m'guris hati dan perasaan kalian....diriku insan yang lemah yang tidak lari dari melakukan kesilapan....ampun maaf dipinta.....

Saturday, December 20, 2008

rahsia KHUSYUK dalam SOLAT


Renungan bersama....
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Semoga rentetan dari kisah ini dpt kita sama2 perbaikiti SOLAT harian kita....agar amalan kita sentiasa diterima disisiNya.....Ya ALLAH padaMu aku b'serah...padaMu juga aku memohon,terimalah ibadah solatku, solat kedua ibu bapaku, solat ahli keluargaku, solat sahabat2ku, solat seluruh umat Islam yg taat pada perintahMu ini Ya Allah...amin Ya Rabb...

Friday, December 19, 2008

sekadar sejenak…


jumaat: 12:22 a.m

setelah kian lama menyepi…sempat lagi aku mengisi ruang kekosongan yg ada pada blog aku ni…wlupun keadaan skrg m’jd sibuk…sesibuk lalulintas pd pagi hari…diwaktu manusia b’pusu2 ke destinasi masing2…meniti kehidupan seharian…yg penuh ranjau…ahhh…barulah namanyer kehidupan…kehidupan yg mengajar erti…erti sbg makhluk yg begitu lemah disisi sang pencipta(AllahuRabbi)….syukur….syukur atas segala nikmat kurniaanNya…Alhamdulillah….segala puji bg Allah s.w.t…tuhan sekalian alam….

ahhh…keluhan otak ku yg ligat b’fikir…b’fikir tentang masa depan…masa depan yg diimpikan…satu impian…satu cita2…cita2 yg sering diajukan oleh si pendidik pada anak didiknyer(besar kamu nak jd ape???)…b’mcm2 jawapan…jawapan yg memerlukan azam utk sampai ke arahnyer..memerlukan usaha…memerlukan pengorbanan…bukan mudah utk memperolehi ape yg kite inginkn..jgn dilupa aper yg kite cita2 kn dulu…

ermm…mak..abah…wajah kalian sering kuterbayang…sumber inspirasi ku…anakmu sedang b’juang…b’juang demi memartabatkn diri,keluarga,agama,bangsa & negara…doa kalian kuharap s’tiasa bersamaku dlm meneruskn p’juangan suci ini…perjuangan yg banyak mengajarku erti kehidupan…kehidupan yg sebenar sbg khalifah di muka bumi Allah s.w.t ini…..insyaAllah…redhaMu yg kuharapkn…Ya Rabbul Alamin…..

p/s- to all my fren…ma’a taufiq wannajah….study…study…;-)

untukmu Muslimah


Semoga berjaya
menjadi gadis mulia
semulia diri Maryam

Semoga berjaya
menjadi wanita faqihah
sebijak minda Aisyah

Semoga berjaya
menjadi perempuan tabah
sekukuh hati Asiah

Semoga berjaya
menjadi srikandi kebanggaan
sehebat jiwa Sumayyah

Semoga berjaya
menjadi hiasan indah
seanggun akhlak Rabiyatul Adawiyyah

Semoga berjaya
menjadi isteri solehah
setulus kasih Khadijah

Semoga berjaya
menjadi perempuan dan kekasih
idaman setiap kalbu
kecintaan Tuhanmu...



Thursday, December 18, 2008

berita kepada kawan...

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan

Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan

Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan

Hati tergetar menampak kering rerumputan

Perjalan ini pun seperti jadi saksi

Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya

Ketika ia ku tanya "Mengapa?"

Bapa ibunya telah lama mati

Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya

Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu

Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya

Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang???

Ya Rahman Ya Rahim


Ya Allah…

redhamu yg kucari…
berikanlah kekuatan pd diriku agar tabah dlm m’hadapi segala ujianMu…
tetapkanlah imanku…
jauhilah diriku dr perkara yg m’buatkn kulupa padaMu…
jauhilah diriku dr perkara yg m’buatkn kulalai padaMu…
limpahilah diriku dgn rahmatMu…Ya Rahman Ya Rahim…

Tuhan berikanlah aku
Jalan yang Engkau tunjuki
Pada mereka
Yang Kau beri
Begitulah juanya aku

Apakah aku yang terleka
Apakah aku yang tidak tahu
Di dunia ini
Jalan berliku
Ku pohon petunjuk Ilahi

Oh Tuhanku
Aku percaya
Pada segala
Ranjau kehidupan ini
Rahmat Mu luas tak terhingga
Aku insan yang masih mencari
Akan ku tempuhi segala dugaan

Panjatkan syukur padaMu Ya Rahman
Oh Tuhanku
Redhailah hidup ini


Wednesday, December 17, 2008

doa buat sahabatku.. hayatilah ia


Bismillahirrahmanirrahim… .

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakan lah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman…

Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku letih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak…

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.

Amin walhamdulillah….


DAMBA CINTA MU


Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan HambaMu

Ku Sering Melanggar LaranganMu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
Ku Sering Meninggalkan SuruhanMu
Walau Sedar Aku MilikMu

Bilakah Diri Ini Kan Kembali
Kepada Fitrah Sebenar
Pagi Ku Ingat Petang Ku Alpa
Begitulah Silih Berganti

Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang Mendamba CintaMu
Aku Lemah Aku Jahil
Tanpa Pimpinan DariMu

Ku Sering Berjanji DepanMu
Sering Jua Ku Memungkiri
Ku Pernah Menangis KeranaMu
Kemudian Ketawa Semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada Hamba-HambaMu
Selangkah Ku KepadaMu
Seribu Langkah Kau Pada Ku

Tuhan Diri Ini Tidak Layak Ke Syurga Mu
Tapi Tidak Pula Aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ku Takut KepadaMu
Ku Harap Jua PadaMu
Moga Ku Kan Selamat Dunia Akhirat
Seperti Rasul Dan Sahabat

Ayahnda dan Bonda


Emak,
hari ini…..
anakmu sepi lagi
rasa rindu padamu
mengiringi langkahku
di rantauan ini
rasa syahdu ini meresap ke jiwa
hati puteramu ini tersentuh lagi
seandainya mampu
ingin aku terbang pulang
akan hilanglah rasa sepi
akan terubatlah rindu ini…..

Abah ,
anakmu ini tidak setabahmu
dalam meniti hidup
di bumi asing ini
dengan harapanmu
langkah tetap kuteruskan
biar goyah….
namun janjiku hanya satu
perjuangan pasti diteruskan

Emak , Abah….
restuilah puteramu ini
dalam menyusuri hidup……
di rantauan
sendirian……..